Friday, October 16, 2009

Halal atau Haram?

Wahai sekelian pembaca dan pelawat blog yang budiman. Saya amat-amat memerlukan jawapan samada mengiklankan GoogleAdsense haram ke halal pendapatan yang kita perolehi tu? Saya telah cuba mengemukakan soalan kepada yang pakar dalam soal muamalat iaitu Ustaz Zaharuddin A. Rahman atau ringkasnya UZAR. Tapi jawapan yang saya perolehi setakat ini kurang memuaskan, malah mengecewakan. Sebagai seorang Islam yang cuba untuk menjadi mukmin yang sejati, saya tak mahulah dapat duit banyak dan kaya raya di dunia ini tetapi menjadi papa kedana dan muflis di akhirat yang kekal abadi. Saya lebih rela hidup "miskin" selama 80 tahun daripada terbakar selama-lamanya diakhirat (nauzubillah). Kalau ada sesiapa yang pakar tu tolonglah jawab atau beri cadangan kepada siapa saya boleh ajukan persoalan saya ni.

No comments: