Monday, October 19, 2009

Rezeki



















Wow! Besarnya kuih bahulu. Mesti sedap! Tak sabar nak kongsi dengan anak-anak balik nanti.


Kalau dah rezeki pasti tak kemana. Itulah ungkapan yang terfikir dikepala sewaktu kawan saya datang ke pejabat tengahari tadi membawa buah tangan dari majlis perkahwinan adiknya pada hari Sabtu lepas. Saya sekeluarga telah dijemput untuk sama-sama hadir ke majlis perkahwinan yang berlangsung di Temerloh tu. Memang pada asalnya kami teruja sangat nak pergi sebab ini dah kali kedua dijemput untuk ke Temerloh. Kali pertama semasa perkahwinan beliau sendiri tapi masa tu kami sekeluarga di USA kalau tak silap, tak ada rezeki untuk hadir. Jadi bila dapat undangan yang kedua ni memang bersemangat nak pergi. Malangnya manusia hanya boleh merancang tapi Allah jua yang menentukan.

Kebetulan minggu lepas (10 Oktober) jiran paling hampir saya melangsungkan perkahwinan anak bongsu beliau dan emak saya pun kenal dengan jiran ni. Jadi saya pelawa emak untuk datang ke rumah supaya boleh sama-sama meraikan kenduri kawin yang terakhir, sebab lepas ni dah tak ada anak beliau yang nak kawin dah. Emak pun setuju dan terus beli tiket bas untuk ke Kuantan. Tambahan pula jiran saya tu (yang lelakinya) sedang mengidap barah paru-paru di peringkat yang agak kritikal. Jadi tujuan emak datang selain dari dari nak tengok anaknya kahwin ialah nak ziarah dia sekali. Manalah tahu kalau-kalau kesempatan ini merupakan perjumpaan mereka yang terakhir. Tetapi malangnya, sehari sebelum emak datang, dia mendapat sakit sendi kaki dan lutut. Tetapi dikuatkannya juga azam dan akhirnya sampai juga ke Kuantan.

Selepas menghadiri kenduri tersebut, sakit sendi-sendi emak semakin teruk. Kami bercadang untuk memasukkannya ke wad tapi emak agak keberatan sebab takut kalau doktor tak benarkan dia keluar pada hujung minggunya. Dia nekad untuk balik kampung pada hari Sabtu 17 Oktober lalu. Maka rancangan kami untuk ke Temerloh terpaksa dibatalkan. Insya Allah jika ada lagi jemputan lain kali, mungkin kami dapat juga pergi.

4 comments:

yani said...

Assalamualaikum...

Speaking of weddings ni, rindunya nak gi kenduri kawin n eat all of foods. Dulu, punyalah liat kalau my parents ajak to go to a wedding but now I cannot wait to go home and sebut jer kenduri kawin, I'll be the first one to get in the car :)

BTW, how is your mom doing? I hope she did go and see a doctor at her kampung. I doakan semogo dia sembuh, Amin.

l i e y n said...

it's not bahulu kan? hehehehe..

amira falisa said...

hi kak,

ini uji. Saya dah tanya elly mengenai susu tu. Dia kata boleh beli via dia. Kalau akak berjumpa dgn dia pun boleh. Ini phone no dia - elly : 0123614014

My Stories and Me said...

Salam Yani, Lin, and Uji,
Sorry lambat respond. Lately mood nak berblog dah agak suram sebab sedang sibuk memikir nak bina rumah (alasan ...:))Insya Allah I will try to write again someday.